CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 9, 2009

MALAYSIA : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bendera Kuala Lumpur


Mukadimah

~ Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

~ Merupakan bandar raya terbesar di Malaysia.

~ Terletak di dalam wilayah negeri Selangor

Pengenalan

~ Pada 1857, Kuala Lumpur telah ditubuhkan oleh para pelombong Cina yang dibawa masuk oleh Raja Abdullah.

~ Kuala Lumpur telah menjadi ibu negara Negeri - Negeri Melayu Bersekutu pada  1896.

~ Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan  Kuala Lumpur telah dijadikan ibu negara Persekutuan Tanah Melayu.

~ Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai ibu negara Persekutuan Malaysia pada 1963.

~ Kuala Lumpur mendapat status Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

~ Pada tahun 1999, pusat pentadbiran Persekutuan (eksekutif) negara telah dipindahkan ke Putrajaya. Namun begitu, badan legislatif (perundangan), iaitu Parlimen dan kehakiman (mahkamah) negara kekal di Kuala Lumpur.

Info Tambahan

~ Keluasan : 243.65 km persegi

~ Ketua eksekutif : Datuk Bandar

~ Jumlah penduduk : 1 479 388 orang

~ Kegiatan ekonomi : Perniagaan, perkhidmatan dan pelancongan

~ Gelaran khas : Pusan perniagaan dan perindustrian negara

0 comments: